Assalamualaikum...
hari ni dh 4hari kite umat Islam berpuasa... alhamdulillah segalanya berjalan ngn lancar.. cm x sabar plak nk raya.. hehe... x sabar jgk nk pkai baju kurung same with dira.. =) o.k... berkenaan tajuk kat ats tuu.. husna dah lame sebenarnye try resepi ni... ntah nape tetibe pg ni rase cm xde kije nk buat... boleh laa post kt blog resepi ni yee... resepi ni nmpk jee cm susah.. bile dah try buat jadi cm senang plak... tu pendapat husna lah... kek karamel pelangi ni.. 1st husna buat post dlm facebook... ramai yg berminat nk buat...
ekekeke... ramai jugak mintak resepi... n ramai jugak yg nk tempah... alhamdulillah husna berpeluang mengambil tempahan untuk buat kek karamel pelangi ni dlm 4 tempahan jugak... respon yg husna dapat (+) dorg sume kate sedappp...
BAHAN-BAHAN :
-GULA HANGUS (4 sudu besar gula kasar)
*masak atas api hingga gula mencair dan biarkan seketika)
*atau masak gula hangus dalam kuali.. dan tuangkan dlm loyang..guna kaedah nii.. jadi loyang x rosak)
BAHAGIAN ATAS (KARAMEL)
-1 cawan susu cair FN (tin biru pink)
-70 gm gula castor
-1/2 tsp esen vanilla
-3 kuning telur
*kacau sebati perlahan
LAPISAN KEK (A)
-140 gm tepung gandum
-70 gm gula castor
-3 kuning telur
-135 ml air
-1/2 tsp baking powder
-50 ml minyak jagung @ minyak masak
*putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
*masukkan tepung yang dicampur baking powder.. kacau sebati.
MERINGUE (B)
-6 telur putih
-70 gm gula castor
-1/2 tsp krim of tar tar (x letak pon xpe)
*putar hingga adunan menjadi kental dan x jatuh jika diterbalikkan.
*CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA (ADUNAN KEK)
1.masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi.
2.masukkan adunan kek yang telah diwarnakan dan diperisakan (paste pandan contohnye) (adunan xkan tenggelam dalam karamel) (berselang seli dengan cara marble)
3.panaskan oven selama 10minit.
4.masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi (bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamel hangus).
5.45minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15minit lagi api atas dan bawah dengan suhu 180 C.
6.bila kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinya dari loyang.
7.terbalikkan kek perlahan-lahan.
8.selepas diterbalikkan akan ada lebihan air gula yang banyak.. lap je perlahan-lahan guna tisu di sekeliling kek dan diatas karamelnya.. k siap... =)
8.selepas diterbalikkan akan ada lebihan air gula yang banyak.. lap je perlahan-lahan guna tisu di sekeliling kek dan diatas karamelnya.. k siap... =)
rupa kek karamel pelangi yg belum dibakar |
rupa kek keramel pelangi yg siap dibakar |
No comments:
Post a Comment