Blogger Widgets

ads nuffnang

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT DATANG KE BLOG HUSNA... TERIMA KASIH YEE SUDI MENJENGUK BLOG YANG X SEBERAPA NII... BLOG NI HUSNA KONGSIKAN MENGENAI KEHIDUPAN SEHARIAN, RESEPI-RESEPI, DAN APA2 CERITA JEE.. SILA-SILA LA KLIK IKLAN NUFFNANG KAT ATAS TU YEE.. HEHE.. SILA TINGGALKAN JEJAK/ LINK KORG NANTI HUSNA AKAN CUBA FOLLOW/ JEJAK KORG BALIK... TERIMA KASIH...

30 October 2013

RESEPI : kayu keramat @ cakoi

Assalamualaikum...

selamat malam.. ari ni nak share resepi kayu keramat @ cakoi.. ptg td xde kije nk buat... boring pom ad.. abg dh 4hari o.t.. asyik balik mlm.. tetibe je rase nak mkn kayu keramat panas2... minggu lepas dah try buat... tp x puas hati sbbnye rase tawar semacam jee... kena tambah gula byk sikit..

o.k resepi yg husna try buat ni ikut resepi kat blog HaSue . terima kasih Hasue.. korg boleh je nk rujuk yg mane k... tp tang gula tu kalau ikut org Terengganu ni.. kayu keramat suke mkn gitu jee.. xde cicah ngn kuah manis ke ap.. sebab tu kena tambah gula byk ckit kalau nk sedapp... 


RESEPI KAYU KERAMAT @ CAKOI

BAHAN-BAHAN :

-400 g tepung gandum *diayak
-1 cwn air 
-1 sudu besar majerin *dicairkan
-1 sudu kecil garam
-3 sudu besar gula (husna letak 7-8 sudu)
-1 sudu besar susu pekat manis
-1 kuning telur (husna letak kuning ngn putih sekali)
-2 sudu kecil yis segera.
-1/2 sudu kecil soda bikarbonat.
-minyak untuk menggoreng.
-ibu kayu keramat (husna tambah, x letak pom xpe.. yis segera pom dh cukup)

CARA PENYEDIAAN :

1.sediakan bekas besar, masukkan air suam, yis, majerin, garam, gula, susu pekat manis, telur, soda bikarbonat dan tunggu yis kembang/ hidup.
2.masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3.ulikan sehingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di jari. biarkan selama setengah jam. bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yg bersih. (husna tutup guna plastic wrap)
4.canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat. 
5.potong kepada kepingan bersaiz 1 inci. (husna potong memanjang mcm gmbr kt bwh)
6.rendamkan lidi di dalam air. tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7.cantumkan dua kepingan dgn bahagian yg bertanda lidi bertemu satu sama lain.
8.panaskan minyak. tarik kedua-dua hujung dan goreng hingga keperangan.
ni die rupa kayu keramat yg guna lidi, kasi cantum 2 tu..


tp korg boleh je xnk guna lidi.. korg tekan doh guna tapak tangan.. lepas tu potong memanjang guna pisau.. sekali buat dpt dlm 5-6 keping. tarik kedua-dua hujung.. then, goreng.. mudah jee.. hasilnya. gmbr yg kat ats sekali tuu... guna resepi yg same cuma cara je lain..
kalau korg suke cicah dengan sos manis.. boleh try resepi yg ad kat blog izah daut . husna amik tampal sini k.. terima kasih izah.. =)

SOS MANIS

-1 1/2 sudu makan tepung kastard
-1 cwn susu segar
-3-4 sudu besar susu pekat manis
-sedikit pandan paste

masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecil.
masak atas api sederhana. kacau selalu sehingga sedikit pekat2 manja.
angkat dan sejukkan untuk dinikmati bersama cakoi.

1 comment: