ads nuffnang

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT DATANG KE BLOG HUSNA... TERIMA KASIH YEE SUDI MENJENGUK BLOG YANG X SEBERAPA NII... BLOG NI HUSNA KONGSIKAN MENGENAI KEHIDUPAN SEHARIAN, RESEPI-RESEPI, DAN APA2 CERITA JEE.. SILA-SILA LA KLIK IKLAN NUFFNANG KAT ATAS TU YEE.. HEHE.. SILA TINGGALKAN JEJAK/ LINK KORG NANTI HUSNA AKAN CUBA FOLLOW/ JEJAK KORG BALIK... TERIMA KASIH...

24 May 2016

RESEPI : Kek Keju Meleleh 2016

Assalamualaikum...

alhamdulillah... cepatnya masa berlalu. dah 3tahun rupenyer buat jual kek keju meleleh ni walaupun on/ off. malam ni ad mase sikit nak update balik resepi yg husna buat jual ya. sekarang ramai yg duk buat kek keju meleleh untuk jualan... ad yg murah (berbaloi) ad yg org ckp mahal.. (pun berbaloi kalau mahal jangan la duk kondem ya.. kesian kat tuan yg buat tu.. die jual mahal mungkin berpatutan dengan harga barang atau mgkin die cas skali ngn duit minyak untuk penghantaran.. zaman skrg semua kena ambik kire.. semua kena adil,, customer dapat ap yg die mahu.. peniaga pun nk mcm tu) semoga kite semua dimurahkan rezeki lagi dan lagi. Aamiin..

o.k... husna update resepi kek keju meleleh sebelum ni ya.. ad yg diubah semula untuk dapat yg terbaik. mane yg kurang dtg drpd husna sendiri...

RESEPI KEK KEJU MELELEH/ boleh klik SINI untuk rujukan

BAHAN-BAHAN :

UNTUK KEK

-100g tepung gandum (cap ros)*
-60g tepung jagung*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu besar ovalette special
-100g gula kastor
-4 biji telur + 2 biji kuning telur (gred A)
-50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
-75g mentega cair (blh kurangkan jadi 70g xkisah.. sbb husna gune butter main potong je phtu timbang.. dpt dlm 70-75g)
-1 sudu kecil esen vanilla

untuk rujukan

CARA

1.ayakkan dahulu bahan yg bertanda * (tepung gandum, tepung jagung & baking powder)
2.campur semua bahan di atas kecuali mentega cair. pukul dengan kelajuan tinggi sehingga gebu dalam 5minit baru masukkan mentega cair.
(baru2 ni ad je husna try kaedah lain supaya kek jadi gebu naik tinggi.. husna pukul dulu telur sehingga BETUL2 KEMBANG gune speed no.3.. (husna gune stand mixer) masukkan ovalette biarkan sebati.. masukkan air sejuk sikit2 bahagian tepi.. bkn tgh. then, cepat2 masukkan esen vanilla dan gula kastor sikit demi sedikit. pukul sebati.. dan masukkan bahan2 yg telah diayak sedikit demi sedikit gune speed no.1. dah sebati gune speed tinggi no.5 pukul sehingga kembang gebu selama 5minit.. last perlahankan speed 1 balik masukkan mentega cair masukkan sikit2 bahagian tepi juga ya bkn tgh. jgn putar lame nanti adunan cair. pukul agk2 sebati je.. dah boleh letak dalam loyang untuk dibakar)
-cerewet sikit kaedah ni.. terpulang nk ikut yg mane ya.. asal kek menjadi naik gebu. hehe

3.sediakan acuan loyang/ bekas aluminium yg telah dialas dengan baking paper atau yg telah disapu dengan mentega.
4.kemudian bakar dalam oven pada suhu 150C selama 45minit. guna api atas dan bawah.

UNTUK KRIM  bahan2 

-250g cream cheese (husna guna tatura.. pastikan cream cheese berada disuhu bilik ya sebelum putar)
-120g susu pekat manis (boleh tambah ikut kemanisan yg kite nak.. nak cair mcm mane)
-50ml UHT whipping cream (biasenya untuk kek dalam bekas aluminium tu husna gune 250ml kotak kecil untuk bg meleleh)

o.k 3bahan ni je husna guna
(satukan ketiga-tiga bahan & putar sehingga krim sebati)

UNTUK TOPPING

-1 buku cheese 'HEAT STABLE CHEESE' terbaru husna gune jenis yg mcm dalam gambar.. lg best harga RM70 (2kg)


(dicadang parut halus supaya kek tidak muak ketika makan)

CARA PENYEDIAAN :

1.kek yg telah dimasak tadi sejukkan dulu terbalikkan ats redai kek dan bahagi kepada 2 bahagian gune benang untuk sebiji kek besar. kalau dalam bekas aluminium tu pun husna balikkan dulu ats redai kek pastu potong gune pisau.



2.sapukan krim cheese diatas separuh kek. kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atas.
3.sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
4.akhir sekali.. letak keju yg telah diparut tadi sebagai topping.
5.sebelum dimakan masukkan dalam peti ais dalam 1-2jam.

GAMBAR KEK KEJU MELELEH YANG HUSNA BUAT JUAL AREA KEMAMAN.. BEKAS ALUMINIUM SAIZ 8 X 4 RM16

alhamdulillah kek naik gebu bakar suhu 150C selama 45minit api atas bawah

kek yg telah dikeluarkan dri bekas aluminium

potong dua

letak krim keju tengah kek

letak bahagian atas kek

letak krim keju bahagian atas

letak keju parut.. yg dalam bekas kecik kakak punya.. =)

siap.... letak dalam peti... biase buat mlm.. tghri esok siap cod je..

untuk yang nak macam ni husna cas satu huruf 0.25sen..

Husna Bakery Homemade

ALHAMDULILLAH SEKARANG HUSNA ADA BUAT JUAL KEK BUTTER MARBLE.. DOA-DOAKAN YE..

ADA 3 PERISA :
-COKLAT
-PANDAN
-STRAWBERI




JEMPUT LIKE PAGE HUSNA YEE.. TERIMA KASIH =)