ads nuffnang

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT DATANG KE BLOG HUSNA... TERIMA KASIH YEE SUDI MENJENGUK BLOG YANG X SEBERAPA NII... BLOG NI HUSNA KONGSIKAN MENGENAI KEHIDUPAN SEHARIAN, RESEPI-RESEPI, DAN APA2 CERITA JEE.. SILA-SILA LA KLIK IKLAN NUFFNANG KAT ATAS TU YEE.. HEHE.. SILA TINGGALKAN JEJAK/ LINK KORG NANTI HUSNA AKAN CUBA FOLLOW/ JEJAK KORG BALIK... TERIMA KASIH...

25 February 2015

RESEPI : chicken sandwich

Assalamualaikum...

morning! jom cuba resepi yg mudah untuk breakfast! anak2 pasti suka... =)


RESEPI CHICKEN SANDWICH

BAHAN-BAHAN :

-isi ayam
-mayonis
-lada sulah
-timun
-bawang holland
-tomato
-daun salad

CARA PENYEDIAAN :

1.rebus ayam sehingga masak. dah masak carik2 kan isi ayam cm nk buat soto tu.
2.pastu masukkan mayonis.. agak2 la nk berapa byk dan perasakan dengan lada sulah.
3.bakar 2keping roti, sekeping roti sapu marjerin dan sapu dengan isi ayam td.
4.utk roti yg sekeping lagi tu letak timun, bawang holland, tomato dan daun salad. cantumkan. siap.. dah boleh potong.

23 February 2015

RESEPI : puding buih

Assalamualaikum... 

selamat pagi!! pagi ni husna bangun dengan wajah yg ceria.. cukup tido. ank2 pun bangun je dari tido tersenyum lebor... sejuk hati mama nengok haa... alhamdulillah dpt melihat dan membesarkan ank2 didepan mata sendiri. walaupun kadang2 ad termarah terpukul semua ter ter laa.. mama mintak maaf ye.. terutamanya kakak. sayang kakak...

o.k... semalam tetibe mari mood rajin nk buat puding buih versi puding buih merah+putih.. kuah pink dan ramai kawan2 yg mintak resepi..untuk memudahkan korang yg baru nk mencuba blh klik resepi DISINI dan untuk resepi puding buih kaler pink.. kuah susu klik DISINI.







SELAMAT MENCUBA =)

15 February 2015

RESEPI : apam susu

Assalamualaikum...

o.k husna timbul kejap yee... hehe... nanti tenggelam balik... biase lah suri rumah tangga. byk kije nk kena buat.. ni timbul sbb nk kongsi resepi apam susu . resepi ni dh lame dh... tp bru je ad mase nk buat! hasilnya terbaik... kepada korg peminat apam susu. rugi x try.... yg ad ank2 kecik tu pun sesuai sgt buat tau... utk majlis2 pun sesuai. simple je bahan dan cara penyediaannya. blend, kacau2, then kukus terus siap. dh blh ngap.... o.k selamat mencuba.


RESEPI APAM SUSU

BAHAN-BAHAN :

1. 4biji telur
2. 1 sudu teh esen vanilla
3. 1 sudu besar ovalette
4. 1 cawan gula pasir
5. 4 sudu besar susu pekat
6. 2 cawan tepung gandum
7. 1 sudu teh tepung penaik
8. pewarna

CARA PENYEDIAAN :

-no.1 sampai 5 blend sampai halus dan kembang.
-tuang dalam bekas pengadun/ bekas lain dan masukkan tepung gandum yg telah dicampur dengan tepung penaik. kacau sebati.
-bahagi kepada beberapa bahagian dan warnakan.
-bekas acuan oles sedikit dengan marjerin
-masukkan adunan dalam bekas acuan/ loyang selang seli mengikut warna. dan kukus selama 45minit.