ads nuffnang

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT DATANG KE BLOG HUSNA... TERIMA KASIH YEE SUDI MENJENGUK BLOG YANG X SEBERAPA NII... BLOG NI HUSNA KONGSIKAN MENGENAI KEHIDUPAN SEHARIAN, RESEPI-RESEPI, DAN APA2 CERITA JEE.. SILA-SILA LA KLIK IKLAN NUFFNANG KAT ATAS TU YEE.. HEHE.. SILA TINGGALKAN JEJAK/ LINK KORG NANTI HUSNA AKAN CUBA FOLLOW/ JEJAK KORG BALIK... TERIMA KASIH...

17 April 2017

RESEPI : semperit/ dahlia susu

Assalamualaikum... setelah sekian lama malam ni nak share resepi semperit/ dahlia susu yang husna try buat dalam masa 2hari ni. alhamdulillah menjadi dengan jayanya... oleh kerana teringin sangat nak makan (x habis habis mengidam) 33w already. o.k jom follow resepi senang ni.. x guna telur yaa.

sebelum dibakar

selepas dibakar

RESEPI SEMPERIT/ DAHLIA SUSU

BAHAN BAHAN :

-250g buttercup
-1/2 tin susu pekat manis (250g)
-1 sudu teh esen vanilla
-400g tepung jagung*
-100g tepung ubi*

 bahan bertanda (*) satukan.

untuk hiasan : coklat chips heat stable

tepung ubi

acuan pecah 15
husna beli kat bakery harga dia dalam RM10.00



CARA PENYEDIAAN :

1.pukul butter bersama susu pekat manis guna mixer speed slow xyah lama sangat nanti dibakar biskut agak kembang. pukul nak bagi sebati je.
2.masukkan tepung ubi dan tepung jagung sedikit sedikit yang telah disatukan. husna kacau pakai senduk kayu.. part last baru uli pakai tangan.
3.sapu butter kat tray.
4.guna acuan pecah 15. bunga dia comel macam dalam gambar.
5.panaskan oven suhu 170C selama 5 minit. masukkan biskut turunkan suhu 160C bakar selama 20-25 minit. suhu bergantung oven masing masing ya. api atas bawah.

selamat mencuba.