ads nuffnang

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT DATANG KE BLOG HUSNA... TERIMA KASIH YEE SUDI MENJENGUK BLOG YANG X SEBERAPA NII... BLOG NI HUSNA KONGSIKAN MENGENAI KEHIDUPAN SEHARIAN, RESEPI-RESEPI, DAN APA2 CERITA JEE.. SILA-SILA LA KLIK IKLAN NUFFNANG KAT ATAS TU YEE.. HEHE.. SILA TINGGALKAN JEJAK/ LINK KORG NANTI HUSNA AKAN CUBA FOLLOW/ JEJAK KORG BALIK... TERIMA KASIH...

6 November 2013

RESEPI : kek gulung pandan

Assalamualaikum... 

alhamdulillah.. hari ni 2 muharam.. sekejap jee mase berlalu.. salam maal hijrah. o.k.. hari ni husna nk kongsi resepi kek gulung.. tapi frust jgk laa... sbbnye... kek gulung yg husna buat ni.. x berapa nk menjadi... apepun husna akn cuba buat lagi.. mana tahu kali ke-2 buat menjadi.. kan. InshaaAllah. biase laa first time buat kan.. x semua yg kite buat terus jadi... kne usaha lagi... tp resepi ni dah elok la bg husna.. cuma skill tu kurang... hehe..

kalau korg rase nk cuba buat blh ikut resepi ni... k.. kalau xnk xpe. abaikan... =)


RESEPI KEK GULUNG PANDAN

BAHAN-BAHAN :

-100 g tepung kek/ tepung gandum *diayak
-20 g tepung jagung *diayak
-1 sudu teh baking powder *diayak
-120 g gula castor
-10 g ovalette
-4 biji telur gred A
-1 sudu teh esen vanilla
-60 g mentega dicairkan
-40 g air pandan *satukan
-1 sudu kecil pewarna hijau *satukan
-1 sudu kecil emulco pandan *satukan

CARA PENYEDIAAN :

1.pukul gula castor, esen vanilla, ovalette dan telur sehingga sebati.
2.masukkan bahan-bahan yg telah diayak tadi.. tepung kek, tepung jagung dan baking powder. putar dengan kelajuan tinggi sehingga gebu dalam 5-7 minit.
3.kemudian masukkan air pandan, pewarna hijau dan emulco pandan. pukul dengan kelajuan rendah. sebatikan.
4.tuang mentega cair yg telah suam.. kaup balik guna spatula.
5.asingkan sedikit adunan utk dipaipkan diatas kek.
6.masukkan separuh adunan ke dalam dulang pembakar 8" X 11" yg telah disapu mentega dan dialas baking paper. 
7.adunan yg diasingkan tadi tambah pewarna coklat. paipkan diatas adunan dan lorekkan/ corakkan kek menggunakan lidi.
8.bakar dalam ketuhar yg telah dipanaskan terlebih dahulu pd suhu 170C selama 20 minit, api atas dan bawah.
9.apabila kek sudah masak. keluarkan dari oven. sejukkan selama 5 minit.. baru terbalikkan diatas baking paper. sapu permukaan dengan butter icing.
10.gulung kek tadi perlahan-lahan dengan cermat. bila sejuk dah boleh potong. (husna masukkan dlm peti sejuk dulu, baru potong.

hasilnya...

walaupun kulit kek tertanggal.. yg penting sedap.. cuma kena usaha lagi =)

UNTUK BUTTER ICING

-200 mentega tanpa garam
-200 gula aising *diayak

(putar kedua bahan hingga kembang dan gebu)

4 comments:

  1. sis Husna, bnyak rsepi saya dpt kat blog ni. thanks coz sudi sharing. btw, do follow me pleaseee.. hihi. I'm a new blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wc.... thanks jugak sbb sudi singgah blog sy yg x seberapa ni... =)

      Delete
  2. Terima kasih untuk resepi ni...

    ReplyDelete