ads nuffnang

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT DATANG KE BLOG HUSNA... TERIMA KASIH YEE SUDI MENJENGUK BLOG YANG X SEBERAPA NII... BLOG NI HUSNA KONGSIKAN MENGENAI KEHIDUPAN SEHARIAN, RESEPI-RESEPI, DAN APA2 CERITA JEE.. SILA-SILA LA KLIK IKLAN NUFFNANG KAT ATAS TU YEE.. HEHE.. SILA TINGGALKAN JEJAK/ LINK KORG NANTI HUSNA AKAN CUBA FOLLOW/ JEJAK KORG BALIK... TERIMA KASIH...

11 July 2018

RESEPI PUDING BUIH KUAH KASTARD

nak tgk post lama KLIK DISINI ya...



model puding buih mama.. Hannah =)


BAHAN-BAHAN (UNTUK PUDING)

-1 paket agar-agar (25g)
-3 cawan air
-6 sudu besar gula
-3 sudu besar sirap
-5 biji telur GRED C (kalau GRED A boleh gunakan 4biji shj)
-1 sudu besar esen vanila

CARA PENYEDIAAN :

1.masak agar-agar bersama dengan 3 cawan air tadi sehingga agar-agar larut sepenuhnya.. Baru masukkan gula dan sirap.. kacau biar sebati.. tutup api ketepikan.
2.putar telur bersama esen vanila sehingga kembang... dalam 3-4minit.
3.masukkan sedikit demi sedikit agar-agar yg telah dimasak tadi kedalam buih telur. putar/ guna senduk utk mengacau buih telur tadi (kacau je jgn berhenti sampai sume dh sebati)
4.apabila sudah sebati dan puding buih dah suam (x panas) boleh tuangkan adunan dalam loyang.

*jangan tuang adunan kalau masih panas (kacau je sehingga puding buih sedikit suam) nanti puding buih x menjadi.. pastikan adunan suam baru tuang dlm loyang.

BAHAN-BAHAN (UNTUK KUAH KASTARD)

-1 tin susu pekat manis
-1 tin susu cair
-3 tin air
-4 sudu besar tepung kastard

CARA PENYEDIAAN :

1.masukkan susu pekat manis, susu cair, dan air dalam periuk.. kacau sebati dan masak atas api sederhana sehingga mendidih.
2.selepas dah mendidih.. masukkan tepung kastard yg telah disebatikan dalam bekas lain terlebih dahulu.. baru masukkan dalam periuk..kacau sehingga kuah pekat sedikit dan tutup api.. siap..

No comments:

Post a Comment